Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti
denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di
ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat
tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang
mencemar imej ibu negara.
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya
bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan
beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain,
membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan
saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan
peminta sedekah ini adalah orang asing.
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara
percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya
dan tidak boleh merata-rata tempatkerana ini akan mengundang
kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan
program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam tadi.
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian
itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka
puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar
dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Di majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780
penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan
upaya. - Bernama
0 comments:
Post a Comment