Monday, 11 August 2014

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di
rumahnya di California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam. Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.
"Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya adalah bunuh diri akibat asfiksia," menurut kenyataan itu.

Robin Williams Mati Bunuh Diri

Read More

Shah Alam: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran negeri Selangor tanpa bantuan exco dari PKR dan DAP.
Katanya, artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minimum empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco

Sultan Selangor perkenan Khalid kekal

Read More

Sunday, 10 August 2014

KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

“Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

“Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

“Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

“Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol. SinarHarian

Pelajar Tingkatan Dua Dirogol Beramai-ramai

Read More

Saturday, 9 August 2014

Panjang jodoh mereka berdua nampaknya dan siapalah kita untuk
meramalkan yang sebaliknya. Adam AF & Fiza Elite dilaporkan sudah kembali bersama atau dalam bahasa perkahwinannya kembali rujuk pada 17 Julai yang lalu selepas hampir tiga bulan bercerai.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada hari Selasa yang sekitar jam 11.00 pagi untuk pendaftaran rujuk semua perkahwinan mereka.

“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus
berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan
berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan
Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang
terbaik,” ujar Adam.

Adam turut menambah yang beliau dan Fiza banyak muhasabah
diri dan mengkaji kesilapan diri masing masing dan berusaha untuk memperbaikinya.

Fiza pula berkata yang beliau impikan untuk mengerjakan umrah
bersama Adam selain harapan untuk segera menimang cahayamata dengan suaminya itu.

“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan.

Pasangan ini juga memaklumkan mereka sudah berpindah masuk
ke rumah baru di Shah Alam dan Fiza juga sudah berkunjung ke
rumah keluarga Adam di Sabah dan beraya di sana beberapa hari
sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Tahniah buat pasangan ini!

Adam AF, Fiza Elite Kembali Rujuk

Read More

PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan itu telah dibuat pada Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) selepas meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Abdul Khalid.

"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas
walaupun kekal sebagai Menteri Besar Selangor," kata Tan semasa satu sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, di sini. Tan menjelaskan bahawa Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Beliau membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang
menyatakan keengganan beliau meletakkan jawatan menteri besar
dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatannya.

"Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau
wajar dipecat," kata Tan. Menurut Tan, MPP turut mengambil maklum bahawa Abdul Khalid ingkar terhadap keputusan yang dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2; dan menangguhkan kenaikan elaun speaker, menteri besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang
dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa
Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.
"Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

"Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada
MPP mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam
bernilai hampir RM70 juta," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution
berkata tindakan Abdul Khalid adalah pengingkaran secara terbuka.

"Pertimbangan yang dihalusi, diteliti dan diambil kira ialah 'open
defiance' terhadap parti dan PKR," katanya.

Apabila ditanya mengapa pendengaran penjelasan Abdul Khalid
tidak ditangguhkan ke 15 Ogos seperti permintaannya, ahli MPP
R.Sivarasah berkata penangguhan kes ini tidak perlu dan tidak
relevan. Ekoran pemecatan ini, Abdul Khalid mempunyai tempoh 14 hari untuk merayu keputusan MPP.

Pagi ini, Abdul Khalid menghantar notis peringatan kepada Lembaga Disiplin PKR untuk membantah perbincangan atas kesnya oleh mesyuarat MPP, namun perbincangan diteruskan seperti yang dirancang.

Khalid Ibrahim Wajar Dipecat Dari PKR - Lembaga Disiplin PKR

Read More

KOTA BHARU - Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak ada kaitan dengan Pas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Majlis Syura Ulama Pas tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama Pas) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan itu yang dibuat sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kee Kwong menambah, selain itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dun, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor. – Bernama

Nik Aziz: Anwar Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama Pas) itu dia punya pasal

Read More

Wednesday, 6 August 2014



Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.
Berikut adalah kenyataan penuh.
Kenyataan Majlis Syura Ulamak
Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,
Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:
"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.
Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .
Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Majlis Syura Ulamak PAS Bersetuju Khalid Kekal

Read More

Tan Sri Khalid Ibrahim menjawab lebih awal dari tempoh untuk beliau menjawab Notis Tunjuk Sebab ke atas beliau. Berikut adalah Notis Tunjuk Sebab daripada PKR dan jawapan balas daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Notis Tunjuk Sebab PKR


Jawapan Khalid
 





Khalid Ibrahim Jawab Tunjuk Sebab PKR

Read More

Tuesday, 5 August 2014

MASA depan enam pemain Manchester United bakal diketahui setibanya juara Trofi Cabaran Antarabangsa itu di England bagi berdepan persiapan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu hadapan.

Nani, Anderson, Marouane Fellaini, Shinji Kagawa, Javier Hernandez dan Wilfried Zaha akan menerima panggilan dari Louis van Gaal sama ada mereka akan kekal bersama The Red Devils atau dijual.

“Saya akan membuat keputusan selepas ini. Saya perlu mereka bermain ketika pra-musim dan saya kini sudah tahu apa kemampuan mereka.

“Sebagai pemain bola sepak, anda perlu diadili. Anda perlu memberi peluang kepada pemain untuk berpindah sekiranya mereka bukan prospek untuk bermain bersama pasukan,” katanya.

Altetico Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan Hernandez dan Kagawa.

Borussia Dortmund, juga bersedia untuk membawa semula Kagawa dalam misi untuk merebut kejuaraan Bundesliga.

Enam Bintang Man United Mungkin Dijual

Read More

TELUK BAHANG - Pulau Pinang sekali lagi kecoh dengan penganjuran Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 selepas pesta arak di Batu Ferringhi dua tahun lepas

Kekecohan itu bermula di laman media sosial termasuk blog, Facebook dan juga Twitter.

Sebuah blog dengan tajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 itu turut disiarkan bersama video dan juga diceritakan daripada salah seorang peserta yang tidak dikenali.

Melalui blog berkenaan, si penulis memberitahu seramai 18 peserta terlibat dan dianjurkan oleh seseorang yang dikenali dengan nama Miss Chew.

Menjijikkan apabila penulis itu turut memberitahu penganjuran pesta sukan bogel pantai itu menjadi sejarah buat pertama kalinya di negara ini.

Semua mereka berkumpul di jeti Taman Negara Teluk Bahang kira-kira jam 2.30 petang pada hari berkenaan.

Peserta dibahagikan kepada dua bot dan perjalanan mereka menuju ke sebuah pantai rahsia.

“Ketika sampai di destinasi, pantai berkenaan begitu mendamaikan dan tenang. Atmosferanya juga begitu menyeronokkan, hanya kami pelancong yang berada di situ.

“Kami mengeluarkan barang dan Miss Chew mendekati salah seorang penjaga kawasan yang dilihat secara berseorangan,” katanya.

Lebih menghairankan apabila si penulis blog itu turut memaklumkan pihaknya sudah mengesahkan dengan penjaga kawasan mengenai aktiviti berbogel yang mahu dilakukan.

“Kami kemudiannya mula berbogel dan memulakan aktiviti pertama iaitu melukis badan secara berbogel.

“Pantai berkenaan bagaikan dunia kami kerana semua orang boleh berbogel dengan bebasnya, dan tiada gangguan dari dunia luar.
“Selepas beberapa lama di situ, kami ternampak bot datang dan segera berpakaian tapi rupa-rupanya mereka menghantar makan malam kepada kami,” katanya.

Melalui blog berkenaan, mereka turut berseronok dengan makanan seperti nasi lemak, laksa, mihun goreng, sate dan juga keropok lekor.

“Selepas berakhir makan malam, kami akhirnya tidur di dalam beg tidur masing-masing dan mendirikan unggun api mengelakkan digigit nyamuk,” katanya

Di Sebalik Sukan Bogel Pulau Pinang

Read More

Monday, 21 July 2014

Kuantan: Mahkamah Sesyen Kuantan memerintahkan Siti Fairrah
Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan khianat kepada kereta milik warga emas, Sim Hiak Hong, 68, minggu lalu.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, Kiki didakwa melakukan khianat terhadap Toyota Corolla milik Sim dengan cara mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Wanita didakwa melakukannya di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, kira-kira jam 1.10 tengahari, pada 14 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, video kejadian itu menjadi viral di laman sosial apabila memaparkan tindakan ganas seorang wanita membuli warga emas selelas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan.-HarianMetro

Kiki Didenda RM5000

Read More

Thursday, 17 July 2014

Melaka: Sebahagian rangka dipercayai milik manusia ditemui berhampiran gigi air di tapak pembinaan di Pulau Melaka di sini, semalam.
Difahamkan, rangka yang hanya mempunyai punggung, tulang peha dan kulit pada bahagian tulang belakang itu ditemui seorang lelaki kira-kira jam 2.30 petang. 
Menurut sumber, rangka yang tidak mempunyai kepala, tangan, badan dan kaki ditemui di atas timbunan sampah di kawasan itu. 
"Dipercayai rangka ini milik manusia, namun jantinanya masih tidak diketahui kerana bahagian perut, isi dan kemaluannya sudah tiada.
Foto
RANGKA dipercayai manusia yang ditemui semalam.

"Ia dipercayai dihanyutkan arus ke kawasan ini ketika air pasang sebelum tersangkut pada longgakan sampah berkenaan," katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan rangka berkenaan. 

"Rangka itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identitinya dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.- HarianMetro

Rangka Manusia Ditemuai Di Pulau Melaka

Read More


KUALA LUMPUR, (MLP) - Ibu bapa seorang budak perempuan berumur lapan tahun bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap guru yang mencampakkan kasut dia dinya untuk bermain di bilik darjah.

Menurut laporan berita The Star Online, pekerja Majlis Perbandaran Port Dickson K. Muthtu, 35 tahun, dan isteri dia R. Siyamala, 32 tahun, dibantu oleh Pemuda MIC dalam mengambil guaman sivil terhadap guru, sekolah itu dan Kementerian Pelajaran.

Anak perempuan mereka, M. Sharmini masih mengadu kesakitan dan takut pergi balik ke sekolah selepas kejadian itu.

Muthtu berada di tempat kerja apabila pengetua sekolah memintanya ke sekolah pada hari Khamis lepas dan berkata, anak perempuan dia mengalami masalah di sekolah.

Muthu menyatakan bahawa dalam perjalanannya ke sekolah, dia menerima panggilan dari sekolah dan memintanya ke klinik. Apabila tiba di klinik, anaknya terbaring dengan balutan di kepalanya.

Pengetua sekolah yang memberitahu Muthu yang anaknya cedera dibaling kasut oleh gurunya.

Mereka telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Port Dickson pada hari yang sama.

Selepas kejadian itu, pengetua sekolah dan beberapa guru telah datang kepada kediaman mereka dan memohon maaf, tetapi guru yang membaling kasut itu tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk meminta maaf kata Siyamala.

Guru Pelajaran Moral itu melepaskan geram dalam kelas terhadap Sharmini dan dua pelajar yang lain kerana bermain dalam kelas. dikatakan telah hilang kemarahan dia apabila Sharmini dan murid-murid dua lagi bermain di bilik darjah.

Dia telah dikatakan menjerit, tanggalkan kasut dia dan melemparkan kasut itu ke arah pelajar-pelajar itu dan mencederakan Sharmini di kepala. Sungguhpun kepala pelajar lapan tahun itu berdarah, guru tersebut tidak berbuat apa dan sambung mengajar di dalam kelas.

Guru tersebut telah ditukarkan ke sekolah yang berbeza sementara menunggu siasatan.

Guru Baling Kasut Cederakan Pelajar Sekolah Rendah

Read More

Wednesday, 16 July 2014

KEJAYAAN Lembaga Zakat Selangor (LZS) Majlis Agama Islam Selangor mengutip lebih RM202 juta bagi tahun 2007 adalah cukup
membanggakan. Pencapaian hasil melebihi sasaran LZS iaitu RM170 juta antara lain adalah berikutan promosi berterusan LZS dan juga peningkatan kesedaran tentang kefarduan berzakat di kalangan umat Islam.

Bagaimanapun, angka kutipan itu diyakini lebih tinggi jika semua umat Islam yang layak mengeluarkan zakat berbuat demikian. Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto IZHAM JAAFAR menemu bual Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar bagi mengupas isu ini.

MR: Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut “Jika kamu hendak mencapai kejayaan di dunia dan akhirat hendaklah kamu berilmu.”Apakah peranan LZS dalam memastikan hal ini diberi perhatian oleh para asnaf?

AHMAD SHAHIR: Kita memang menitik beratkanaspek ilmu dan kemahiran kepada fakir miskin secara agresif sejak tahun 2000. LZS melihat soal membasmi kemiskinan ini bukan tentang material sahaja
sebaliknya ia lebih kepada pengisian ilmu ataupun modal insan seseorang itu.

Sebab itu, LZS menyediakan program pembangunan insan yang menyeluruh kepada para asnaf melibatkan bukan sahaja ibu bapa tetapi juga anak-anak mereka. Program itu diatur mengikut peringkat
umur anak-anak iaitu di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Kita melihat bagi membasmi kemiskinan kita tidak boleh bagi modal sahaja sebaliknya kena bagi ilmu supaya mereka boleh berniaga atau berdikari. Malah tiga teras utama pembasmian kemiskinan LZS ialah
menyediakan rumah, peningkatan tahap ekonomi dan juga aspek pelajaran.

Bagi anak-anak yang tidak berjaya dalam pelajaran, kita menghantar mereka mengikuti kursus kemahiran seperti automotif, jahitan, katering, teknologi maklumat dan sebagainya. Ia dijalankan melalui
kerjasama dengan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat, Kolej Inspens di Pulau Indah, Klang dan juga Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor.

Setakat ini, lebih 400 anak asnaf yang menerima bantuan LZS melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara termasuk di Universiti Al-Azhar, Mesir. Alhamdulillah, dalam tempoh satu ke dua tahun, kita
dapat melihat perubahan di kalangan anak-anak dan asnaf. Mereka mempunyai jati diri, sekali gus menghilangkan rasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat.

MR: Walaupun kutipan LZS melebihi RM202 juta tahun lalu tetapi masih ada umat Islam yang lebih suka mengeluarkan zakat terus kepada asnaf terlibat. Apakah implikasi hal ini jika ia berterusan?

AHMAD SHAHIR: Memang perkara ini masih wujud tetapi jumlahnya makin berkurangan. Antarasebabnya, kaedah ini sudah digunakan sejak lebih 50 tahun lalu sedangkan institusi zakat seperti LZS hanya berkembang kira-kira 12 tahun lepas. Maknanya, masyarakat perlu diyakinkan tentang keberkesanan institusi zakat baik dari segi kutipan
dan agihan sebelum mereka membayar melalui kita. Bagaimanapun, alhamdulillah sejak 10 tahun kebelakangan ini keyakinan umat Islam terhadap LZS semakin bertambah. Semakin ramai yang akur dan ini dibuktikan melalui kutipan zakat kita yang melebihi sasaran tahun lalu.
Jika hal ini (membayar terus kepada asnaf) berterusan memanglah ia akan memberi kesan kepada jumlah kutipan. Namun, jangan kita lupa
kepada penegasan Allah tentang peranan amil sebagai pengurus zakat seperti yang dijelaskan menerusi firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 60.

Malah, tahun lalu Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa mereka yang mengagih zakat sendiri adalah sah hukumnya tetapi berdosa kerana tidak mengikut arahan pemerintah (ulil amri).
Apa yang dibimbangkan ialah bantuan terus kepada asnaf yang tidak dipantau akan menyebabkan mereka menjadi malas bekerja. Ataupun, mereka menerima terlalu banyak bantuan sehingga melebihi keperluan sedangkan ada orang lain sama yang juga layak menerima bantuan zakat.

MR: Berapakah jumlah bantuan dan ke manakah LZS mengagihkan hasil kutipan zakat tahun lalu?

AHMAD SHAHIR: Pada tahun lalu, kita berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM174.5 juta. Daripada jumlah itu sebanyak RM70.1 juta diagih kepada asnaf fisabilillah, asnaf miskin (RM51.6 juta), asnaf amil (RM23.7 juta), asnaf gharim (RM17.4 juta), asnaf mualaf (RM8.4 juta), asnaf fakir (RM1.9 juta), asnaf riqab (RM896,683) dan ibnu sabil (RM408,178). Jumlah agihan LZS tahun lalu meningkat sebanyak 20 peratus berbanding sebanyak RM146.9 juta tahun 2006.

Bagaimanapun, kami mempraktikkan pengagihan zakat menerusi tujuh program utama iaitu Program Pembangunan Ekonomi, Program Pembangunan Sosial, Program Pembangunan Pendidikan, Program
Dakwah dan Peningkatan Ilmu, Program Pembangunan Insan, Program Pembangunan Kebajikan serta Program Pembangunan Institusi Keluarga.

Kutipan LZS juga diaudit oleh akauntan bertauliah pada bulan Mac setiap tahun. Pengurusan kewangan yang telus ini penting untuk membina keyakinan umat Islam terhadap institusi seperti LZS.

MR: Apakah jaminan bahawa proses pemilihan golongan asnaf di peringkat pembantu amil dan ketua amil bebas daripada sebarang pilih kasih atau fahaman politik?

AHMAD SHAHIR: Kita mengamalkan pendekatan zakat adalah untuk umat Islam yang layak. Inilah yang selalu kita terapkan di kalangan para amil dan pembantu amil sebagai pemegang amanah dalam bab
ini. Hal ini sentiasa ditegaskan dalam setiap taklimat kita kepada para amil.

Mereka perlu melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas. Justeru menjadi tanggungjawab amil memastikan bahawa mereka yang layak menerima bantuan zakat. Jadi tidak timbul soal pilih kasih, pilih
bulu atau ada kes di mana individu tertinggal daripada bancian LZS.
Bagaimanapun, dari segi ketelusan pemilihan di peringkat bawah kita dapati masih ada kelemahan.

Contohnya, apabila seseorang itu tidak bercampur dalam masyarakat, mereka akan tersisih termasuk tercicir daripada senarai yang layak menerima bantuan.

Satu lagi mekanisme pemilihan kita ialah berdasarkan sokongan maklumat daripada jawatankuasa penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak sekolah. Malah di Selangor, semua agensi pembasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri supaya penyaluran maklumat dan bantuan dapat diselaraskan.
Malah LZS juga tidak mengehadkan jumlah penerima bantuan. Jika individu itu layak, maka kita akan mengeluarkan bantuan.

MR: Biasanya apabila kes penderitaan seseorang disiar menerusi media massa barulah banyak bantuan dihulurkan. Ini menimbulkan tanda tanya adakah institusi bantuan seperti LZS tidak memainkan
peranannya membantu golongan ini?

AHMAD SHAHIR: Kalau di Selangor, selalunya apabila disemak, individu terlibat biasanya sudah pun dibantu. Apa yang kurang mungkin mereka memerlukan lebih daripada yang kita salurkan.
Namun, kalau ia adalah kes yang tulen, kita ucapkan terima kasih kepada media. Kita akui mungkin ada juga kes yang terlepas pandang.

Kes seperti isteri yang baru kematian suami. Kes sebegini mungkin
tidak ada semasa bancian yang LZS lakukan pada tiga bulan lalu misalnya. Dalam hal begini, kita berharap mereka yang memerlukan bantuan merujuk kepada amil atau ketua kampung agar ia boleh dipanjangkan ke pihak kami.

Bagaimanapun, bagi kes kecemasan seperti bantuan bencana alam seperti ribut dan terbakar, ia akan disalurkan dalam tempoh 24 jam.
Kalau bantuan membaik pulih atau membina rumah, LZS perlukan sedikit masa untuk menyemak hal seperti status tanah dan siapa pemiliknya.

Syarat-syarat permohonan adalah bertujuan memudahkan sistem agihan. Jika tiada syarat sukar bagi LZS mengawal pengagihan wang zakat. Namun, lebih penting lagi ialah kita mahu memastikan bahawa wang zakat tidak disalahguna oleh mana- mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

MR: Bagaimana pula kejayaan projek asnaf usahawan LZS
setakat ini?

AHMAD SHAHIR: Sehingga hari ini terdapat lebih 1,000 asnaf di bawah naungan Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ). Alhamdulillah, setakat ini lebih 100 orang yang sudah boleh diklasifikasi sebagai asnaf yang berjaya. Ada yang sudah berjaya membebaskan diri daripada taraf asnaf fakir miskin malah mampu pula berzakat. Ada
yang berjaya berdikari sebagai pengeluar makanan yang terus berkembang. Ada juga yang baru bertatih dalam langkah yang meyakinkan.- Utusan

Haram Salur Zakat Sendiri

Read More

Tuesday, 15 July 2014

Georgetown: Berang tayar keretanya dikunci penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), seorang wanita bertindak menampar muka seorang pegawai penguat kuasa wanita MPPP di hadapan sebuah kedai di Jalan Burma, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 9.45 malam ketika mangsa lingkungan 40-an bersama tiga pegawai penguat kuasa MPPP lain melakukan tugas penguat kuasaan trafik di hadapan kedai berkenaan sebelum mengunci tayar sebuah kereta yang didapati melanggar peraturan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika mangsa sedang menjalankan tugas mengunci tayar sebuah kereta Perodua Kenari, dia didatangi seorang wanita lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik kereta berkenaan.

“Ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta berkenaan, tiba-
tiba seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu muncul dan
menampar muka mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan
tindakan penjawat awam terbabit.

“Suspek turut memarahi penguat kuasa wanita terbabit sebelum
menghidupkan kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian,”
katanya.-HarianMetro

Wanita Naik Sheh Tampar Pegawai Penguatkuasa

Read More

KUALA LUMPUR: Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluansuaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di
bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya
berlumuran darah. Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini, hari ini.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama

Wanita Myanmar Potong Kemaluan Suami

Read More

Sunday, 13 July 2014

GAZA - PALESTIN. Israel mengumumkan akan melakukan
serangan darat bermula dari arah utara Genting Gaza dengan ‘gempuran paling kuat’ pada bila-bila masa bermula malam tadi.

Jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral Motti
Almoz berkata, persiapan akhir sudah dilakukan termasuk meletakkan kereta kebal di sepanjang perairan Palestin bagi mengelakkan ada campur tangan luar mahupun memberi ruang kepada pejuang Palestin
meninggalkan kawasan mereka.

“Kami akan menyerang dengan sepenuh daya dalam tempoh 24 jam akan datang. Ia dilakukan susulan peningkatan serangan Hamas terhadap kawasan kami,” katanya dalam laporan Al Arabiya.

Bagi mempersiapkan serangan itu, difahamkan Israel mengarahkan penduduk Palestin mengosongkan rumah masing-masing dan mencari tempat perlindungan selamat.

Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata, amaran itu sekadar perang psikologi bagi menakutkan penduduk.

“Kami gesa penduduk di utara abaikan arahan Israel. Pengumuman itu adalah usaha Zionis untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan penduduk,” katanya.-SinarHarian

Israel Janji Gempur Paling Kuat

Read More

Saturday, 12 July 2014

SHAH ALAM - Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakannya dipercayai diculik lapan lelaki dalam kejadian di Pulau Mabul, Semporna, jam 11.00 malam tadi.Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini, lapor sebuah portal.

Sementara itu, menurut sumber mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit. Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng. Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Laporan itu turut menyebut, Zakiah turut sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.-SinarHarian

Sabah Diceroboh. Anggota Polis Dibunuh, Diculik

Read More

Wednesday, 9 July 2014

KUALA LUMPUR: Duta Jerman di Malaysia, Holger Michael menyifatkan twit Ahli Parlimen Kinabatangan yang memuji Adolf Hitler selepas pasukan Jerman mengalahkan Brazil sebagai ‘tidak masuk akal’.

Datuk Bung Mokhtar Radin, 55 mencetuskan kontroversi apabila
mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam
perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi
tadi dengan Adolf Hitler. Memetik laporan AFP, Michael berkata kiasan begitu sememangnya tidak boleh diterima.

“Kami menghargai sanjungan beliau untuk pasukan bola sepak
Jerman, namun kami menolak dan tidak dapat menerima tindakan
beliau mengaitkan ianya dengan rejim fasis Adolf Hitler” kata Michael kepada AFP pada Rabu.

Twit Bung Mokhtar itu turut mendapat reaksi negatif daripada pengguna Twitter yang lain.
Bung Mokhtar bagaimanapun menyelar mereka yang mengkritiknya itu.-AstroAwani

Duta Jerman 7-1 Bung Mokhtar

Read More

KUALA LUMPUR : Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya, akan dibebaskan pada 5 petang ini (waktu Malaysia).
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah
Zainuddin ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan kita di sana.
Pada masa yang sama, kita juga memohon supaya Azizul dapat
bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin.
"Ini kerana dijangkakan pada 15 Julai ini, Azizul akan pulang ke
Malaysia," katanya.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul
keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah
menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas.
Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman
penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap
isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.

Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman penjara
apabila masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga
daripada jumlah hukuman itu. Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.

Empat anak pasangan itu yang pada mulanya diletakkan di bawah
jagaan keluarga angkat bukan Islam kerana kes berkenaan, telah
diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Jan lepas.
Mereka pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh
ibu dan bapa saudara merekba di Kelantan.

Hamzah berkata kes itu tidak menjejaskan hubungan dua hala
Malaysia-Sweden sebaliknya kerjasama semakin erat dan kukuh
antara kedua-dua negara.-AstroAwani

Azizul Dibebaskan Dari Penjara Sweden Petang Ini

Read More

Sunday, 6 July 2014



RANTAU PANJANG – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam.

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Pengakuan kumpulan satu

Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini.

“Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu.

“Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani.

Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah.

Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini.

“Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya.

Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara.

Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.

Kumpulan kedua beri penjelasan

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu.

Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria.

Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak membenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu.

Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan.

Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan  kejadian solat dua imam serentak.

Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan.

Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih.

“Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat.

“Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya.

Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan.

Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa.

Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini.

Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya.- SinarHarian

Solat Dua Imam Dalam Satu Masjid Di Kelantan

Read More


HASRAT anak kedua pelakon Linda Rafar untuk menjadi hafiz tidak kesampaian apabila kanak-kanak itu meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut semalam.

Rezaimen Kiflin Kefli, 12, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Bangi pada kira-kira 5.30 petang, Sabtu setelah menerima rawatan sejak Mac lepas.
    
Adik Linda yang juga pelakon drama, Diana Rafar, ketika ditemui berkata anak saudaranya sering menyuarakan hasrat untuk belajar di pusat tahfiz dan menjadi penghafaz Al-Quran.
    
"Memen (Rezaimen) sangat disayangi kerana sikapnya yang peramah dan periang namun pemergiannya semuda ini memang mengejutkan kami sekeluarga. Niat Memen memang mahu menjadi tahfiz kerana dia nak bawa anggota keluarganya masuk syurga," katanya kepada pemberita hari ini.
    
Diana ditemui sejurus jenazah Rezaimen selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada kira-kira 10.30 pagi tadi.
    
Diana juga berkata sebelum Rezaimen didiagnos menghidap penyakit itu empat bulan lepas, Allahyarham sering mengadu senak dan sakit perut sehingga sukar bernafas namun keluarganya menyangka dia hanya mengalami gastrik atau apendiks.
    
"Kita hantar Memen ke hospital namun hasil pemeriksaan doktor amat menyedihkan kerana Memen disahkan mengalami penyakit kanser perut tahap empat.

Tahap kesihatannya semakin merosot dua, tiga hari lalu dan dia nazak sejam sebelum meninggal dunia," katanya.
    
Rezaimen, yang juga pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, adalah anak kedua hasil perkahwinan Linda, 36, dengan bekas suaminya, Kefli Othman.
    
Linda dan suaminya, Syed Aiman Syed Mahmud, 38, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih serta sugul dengan pemergian Allahyarham.
    
Semalam, Linda sempat memuat naik sekeping gambar anaknya itu di laman sosial 'Instagram' yang menyatakan kesedihan beliau dengan pemergian Allahyarham buat selama-lamanya.
    
Turut hadir mengiringi jenazah ialah bapa kandung Rezaimen iaitu Kefli, pelakon Zamarul Hisham, yang juga suami Diana, serta beberapa rakan artis antaranya Sasha Saidin dan Lan Pet Pet. - Bernama

Impian Anak Linda Rafar Nak Jadi Al-Hafiz...

Read More


Perginya Seorang Biduanita.. Tapi Masih Ada Artis Yang Tersilap Orang....

Read More

Wednesday, 2 July 2014

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad sebagai murtad merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.

Beliau berkata fatwa tersebut merupakan pandangan mufti Terengganu dan keputusan itu dipersetujui pada peringkat negeri berkenaan.

"Saya fikir fatwa itu hanya diputuskan oleh pihak Majlis Agama Islam Terengganu, ia merupakan pelaksanaan keputusan berdasarkan kuasa dan peruntukan yang diberikan.

"Jadi itu di Terengganu, kalau yang lain nak ikut itu terpulang," katanya pada sidang media pelantikan mufti baru dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan hari ini di Putrajaya.

Semalam Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada
9 Mac lalu.

Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.

"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan
syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai
aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya.

Apabila ditanya apakah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menurut langkah Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu itu beliau berkata ia terpulang kepada mufti untuk
memutuskan.

Sementara itu Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad berkata, tidak ada lagi keputusan yang dibuat bagi peringkat Wilayah Persekutuan sama ada ingin mengeluarkan fatwa sama seperti
Terengganu.

"Saya tidak akan buat keputusan lagi kerana perlu lihat dari aspek lain juga kerana ia isu semasa (seminar) yang berlaku ketika itu, apapun kita akan berbincang dengan sahabat lain,” katanya.

Bagaimanapun beliau yang baru sahaja menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, secara peribadinya tidak menyanggah fatwa yang diputuskan negeri Terengganu itu.

"Mengikut pandangan peribadi, saya tidak menyanggah kalau dari sudut salah tetap salah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu Khir dalam ucapannya ketika penyerahan lantikan mufti baru menyelar pihak yang mempertikaikan fatwa dikeluarkn mufti.
"Lantikan mufti itu adalah diperkenankan sultan dan segala fatwa melalui kajian dan perbincangan menyeluruh.
"Segala hukum hakam yang dikeluarkan mufti adalah tepat," katanya.- MalaysianInsider

Kassim Ahmad Hanya Murtad Di Terengganu

Read More

China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam. Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.

Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut. Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.

"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.
"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

Muslim Dilarang Berpuasa Di China

Read More

Pengerusi biro keharmonian agama MCA, Ti Lian Ker hari ini
mengecam tindakan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilaporkan berkata 'pergi mampuslah sama MCA dalam satu serangan terhadap parti itu semalam.

Ti berkata, pemimpin Umno seperti Zainuddin lah yang memberi "tanggapan palsu" tentang Umno dan "memusnahkan semua kerja yang baik" oleh Umno, MCA dan lain-lain parti komponen BN.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam dilaporkan berkata demikian ketika merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu yang diletakkan di pintu pagar wakil rakyat DAP, RSN Rayer.

Ti (kiri) meminta Zam memilih keutamaan beliau - sama ada BN perlu menerajui transformasi atau "membuang undang-undang" dengan menggalakkan intimidasi fizikal.

Menurutnya lagi, perbuatan mengutuk 'pergi mampuslah sama
MCA' itu benar-benar tidak wajar dilakukan oleh seorang bekas
menteri kabinet.

Ti berkata, Zainuddin lah yang mencontohi DAP dengan memanggil MCA dengan nama-nama secara tidak senonoh, dan tidak sepertimana budaya halus dan adab 'Melayu Jati'.- MalaysiaKini

MCA Hentam Bekas Menteri

Read More

Tuesday, 1 July 2014

Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin hari ini mengecam keras
sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah parti lawan DAP
dalam mengkritik kerajaan.

Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden
kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.

“MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang
diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan,” katanya yang
juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula baru
bagi strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP dan
menumpang tiket DAP, maka lebih baiklah bagi Umno membuat
keputusan 'pergi mampuslah sama MCA' dan mengambil DAP
sebagai rakan.”

MCA semalam menyelar respons “endah tak endah” Zahid
terhadap insiden kepala lembu diletakkan di depan rumah Rayer,
anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima di Pulau
Pinang.

Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah Rayer pada 28 Jun
lalu, mungkin mempunyai kaitan ucapannya sebelum ini yang
menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai celaka.
Gunting Umno dalam lipatan.

Antara kenyataan kontroversi Zahid, seperti dilaporkan Rakyat Post,
berbunyi  “Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut
celupar,” Zahid dilapor sebagai.

Dalam tulisan terbarunya di blog hari ini, Zainuddin berhujah “lebih
baik berkawan dengan musuh yang kita kenal dari musuh dalam
selimut”.

Katanya lagi, walaupun dilantik semula ke kabinet atas “kasihan
belas” Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, MCA tidak sedikit
pun menginsafi prestasinya dalam pilihan raya umum lalu.
Menyifatkannya sebagai strategi lapuk, Zainuddun berkata,
tindakannya memakai “topi DAP” itu seperti “menggunting Umno
dalam lipatan, munafik, hipokrit, lidah bercabang atau talam dua
muka.”

Katanya, MCA seharusnya sedar bahawa ia tidak akan dapat
menyaingi DAP memainkan sentimen perkauman kerana MCA
terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak
sebelum merdeka.

Malah, kata Zainuddin lagi, dengan bermain atas landasan DAP,
MCA sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di kalangan
masyarakat Cina.- MalaysiaKini

Pergi Mampuslah MCA

Read More

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top