Tuesday, 1 July 2014

Pergi Mampuslah MCA

Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin hari ini mengecam keras
sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah parti lawan DAP
dalam mengkritik kerajaan.

Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden
kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.

“MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang
diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan,” katanya yang
juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula baru
bagi strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP dan
menumpang tiket DAP, maka lebih baiklah bagi Umno membuat
keputusan 'pergi mampuslah sama MCA' dan mengambil DAP
sebagai rakan.”

MCA semalam menyelar respons “endah tak endah” Zahid
terhadap insiden kepala lembu diletakkan di depan rumah Rayer,
anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima di Pulau
Pinang.

Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah Rayer pada 28 Jun
lalu, mungkin mempunyai kaitan ucapannya sebelum ini yang
menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai celaka.
Gunting Umno dalam lipatan.

Antara kenyataan kontroversi Zahid, seperti dilaporkan Rakyat Post,
berbunyi  “Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut
celupar,” Zahid dilapor sebagai.

Dalam tulisan terbarunya di blog hari ini, Zainuddin berhujah “lebih
baik berkawan dengan musuh yang kita kenal dari musuh dalam
selimut”.

Katanya lagi, walaupun dilantik semula ke kabinet atas “kasihan
belas” Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, MCA tidak sedikit
pun menginsafi prestasinya dalam pilihan raya umum lalu.
Menyifatkannya sebagai strategi lapuk, Zainuddun berkata,
tindakannya memakai “topi DAP” itu seperti “menggunting Umno
dalam lipatan, munafik, hipokrit, lidah bercabang atau talam dua
muka.”

Katanya, MCA seharusnya sedar bahawa ia tidak akan dapat
menyaingi DAP memainkan sentimen perkauman kerana MCA
terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak
sebelum merdeka.

Malah, kata Zainuddin lagi, dengan bermain atas landasan DAP,
MCA sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di kalangan
masyarakat Cina.- MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top