Jurgen Klinsmann, jurulatih pasukan Amerika Syarikat telah membenarkan semua penyokong untuk bercuti dan memberi semangat kepada pasukan mereka apabila menentang pasukan Jerman.
Staf dari skuad kebangsaan AS itu telah mengeluarkan 'tweet'
gambar surat cuti yang telah ditandatangani Jurgen Klinsmann
yang membenarkan semua pekerja di tanah air bercuti dan
menonton perlawanan mereka menentang Jerman nanti.
Selepas hanya enam jam ia dipaparkan di laman sosial twitter
pasukan AS, sebanyak 14,000 'retweet' mengenai surat cuti itu
telah direkodkan. Boleh nampaklah penyokong AS sangat
mahukan cuti ini, sama ada untuk menonton bola sepak atau
sebaliknya.
"Saya memahami cuti ini akan mengurangkan produktiviti di
tempat kerja anda, tetapi saya boleh memastikan ketidakhadiran
ini sangat penting buat negara ini.
"Anda patut menjadi ketua yang hebat dan turut serta mengambil
cuti!,"kata-kata yang terpapar di atas surat cuti itu.
Perlawanan yang penting ini memberi pasukan AS peluang untuk
terus layak ke pusingan seterusnya di Piala Dunia Fifa kali ini.
AS kini berada di tangga kedua perlu menang atau seri sewaktu
menenantang Jerman di Arena Pernambuco. Jika mereka kalah,
AS perlu bergantung kepada keputusan perlawanan di antara
Portugal dan Ghana. -AstroArena










.jpg)
.jpg)


