Monday, 11 August 2014

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di
rumahnya di California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam. Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.
"Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya adalah bunuh diri akibat asfiksia," menurut kenyataan itu.

Robin Williams Mati Bunuh Diri

Read More

Shah Alam: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran negeri Selangor tanpa bantuan exco dari PKR dan DAP.
Katanya, artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minimum empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco

Sultan Selangor perkenan Khalid kekal

Read More

Sunday, 10 August 2014

KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

“Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

“Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

“Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

“Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol. SinarHarian

Pelajar Tingkatan Dua Dirogol Beramai-ramai

Read More

Saturday, 9 August 2014

Panjang jodoh mereka berdua nampaknya dan siapalah kita untuk
meramalkan yang sebaliknya. Adam AF & Fiza Elite dilaporkan sudah kembali bersama atau dalam bahasa perkahwinannya kembali rujuk pada 17 Julai yang lalu selepas hampir tiga bulan bercerai.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada hari Selasa yang sekitar jam 11.00 pagi untuk pendaftaran rujuk semua perkahwinan mereka.

“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus
berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan
berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan
Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang
terbaik,” ujar Adam.

Adam turut menambah yang beliau dan Fiza banyak muhasabah
diri dan mengkaji kesilapan diri masing masing dan berusaha untuk memperbaikinya.

Fiza pula berkata yang beliau impikan untuk mengerjakan umrah
bersama Adam selain harapan untuk segera menimang cahayamata dengan suaminya itu.

“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan.

Pasangan ini juga memaklumkan mereka sudah berpindah masuk
ke rumah baru di Shah Alam dan Fiza juga sudah berkunjung ke
rumah keluarga Adam di Sabah dan beraya di sana beberapa hari
sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Tahniah buat pasangan ini!

Adam AF, Fiza Elite Kembali Rujuk

Read More

PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan itu telah dibuat pada Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) selepas meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Abdul Khalid.

"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas
walaupun kekal sebagai Menteri Besar Selangor," kata Tan semasa satu sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, di sini. Tan menjelaskan bahawa Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Beliau membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang
menyatakan keengganan beliau meletakkan jawatan menteri besar
dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatannya.

"Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau
wajar dipecat," kata Tan. Menurut Tan, MPP turut mengambil maklum bahawa Abdul Khalid ingkar terhadap keputusan yang dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2; dan menangguhkan kenaikan elaun speaker, menteri besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang
dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa
Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.
"Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

"Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada
MPP mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam
bernilai hampir RM70 juta," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution
berkata tindakan Abdul Khalid adalah pengingkaran secara terbuka.

"Pertimbangan yang dihalusi, diteliti dan diambil kira ialah 'open
defiance' terhadap parti dan PKR," katanya.

Apabila ditanya mengapa pendengaran penjelasan Abdul Khalid
tidak ditangguhkan ke 15 Ogos seperti permintaannya, ahli MPP
R.Sivarasah berkata penangguhan kes ini tidak perlu dan tidak
relevan. Ekoran pemecatan ini, Abdul Khalid mempunyai tempoh 14 hari untuk merayu keputusan MPP.

Pagi ini, Abdul Khalid menghantar notis peringatan kepada Lembaga Disiplin PKR untuk membantah perbincangan atas kesnya oleh mesyuarat MPP, namun perbincangan diteruskan seperti yang dirancang.

Khalid Ibrahim Wajar Dipecat Dari PKR - Lembaga Disiplin PKR

Read More

KOTA BHARU - Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak ada kaitan dengan Pas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Majlis Syura Ulama Pas tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama Pas) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan itu yang dibuat sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kee Kwong menambah, selain itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dun, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor. – Bernama

Nik Aziz: Anwar Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama Pas) itu dia punya pasal

Read More

Wednesday, 6 August 2014



Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.
Berikut adalah kenyataan penuh.
Kenyataan Majlis Syura Ulamak
Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,
Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:
"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.
Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .
Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Majlis Syura Ulamak PAS Bersetuju Khalid Kekal

Read More

Tan Sri Khalid Ibrahim menjawab lebih awal dari tempoh untuk beliau menjawab Notis Tunjuk Sebab ke atas beliau. Berikut adalah Notis Tunjuk Sebab daripada PKR dan jawapan balas daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Notis Tunjuk Sebab PKR


Jawapan Khalid
 





Khalid Ibrahim Jawab Tunjuk Sebab PKR

Read More

Tuesday, 5 August 2014

MASA depan enam pemain Manchester United bakal diketahui setibanya juara Trofi Cabaran Antarabangsa itu di England bagi berdepan persiapan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu hadapan.

Nani, Anderson, Marouane Fellaini, Shinji Kagawa, Javier Hernandez dan Wilfried Zaha akan menerima panggilan dari Louis van Gaal sama ada mereka akan kekal bersama The Red Devils atau dijual.

“Saya akan membuat keputusan selepas ini. Saya perlu mereka bermain ketika pra-musim dan saya kini sudah tahu apa kemampuan mereka.

“Sebagai pemain bola sepak, anda perlu diadili. Anda perlu memberi peluang kepada pemain untuk berpindah sekiranya mereka bukan prospek untuk bermain bersama pasukan,” katanya.

Altetico Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan Hernandez dan Kagawa.

Borussia Dortmund, juga bersedia untuk membawa semula Kagawa dalam misi untuk merebut kejuaraan Bundesliga.

Enam Bintang Man United Mungkin Dijual

Read More

TELUK BAHANG - Pulau Pinang sekali lagi kecoh dengan penganjuran Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 selepas pesta arak di Batu Ferringhi dua tahun lepas

Kekecohan itu bermula di laman media sosial termasuk blog, Facebook dan juga Twitter.

Sebuah blog dengan tajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 itu turut disiarkan bersama video dan juga diceritakan daripada salah seorang peserta yang tidak dikenali.

Melalui blog berkenaan, si penulis memberitahu seramai 18 peserta terlibat dan dianjurkan oleh seseorang yang dikenali dengan nama Miss Chew.

Menjijikkan apabila penulis itu turut memberitahu penganjuran pesta sukan bogel pantai itu menjadi sejarah buat pertama kalinya di negara ini.

Semua mereka berkumpul di jeti Taman Negara Teluk Bahang kira-kira jam 2.30 petang pada hari berkenaan.

Peserta dibahagikan kepada dua bot dan perjalanan mereka menuju ke sebuah pantai rahsia.

“Ketika sampai di destinasi, pantai berkenaan begitu mendamaikan dan tenang. Atmosferanya juga begitu menyeronokkan, hanya kami pelancong yang berada di situ.

“Kami mengeluarkan barang dan Miss Chew mendekati salah seorang penjaga kawasan yang dilihat secara berseorangan,” katanya.

Lebih menghairankan apabila si penulis blog itu turut memaklumkan pihaknya sudah mengesahkan dengan penjaga kawasan mengenai aktiviti berbogel yang mahu dilakukan.

“Kami kemudiannya mula berbogel dan memulakan aktiviti pertama iaitu melukis badan secara berbogel.

“Pantai berkenaan bagaikan dunia kami kerana semua orang boleh berbogel dengan bebasnya, dan tiada gangguan dari dunia luar.
“Selepas beberapa lama di situ, kami ternampak bot datang dan segera berpakaian tapi rupa-rupanya mereka menghantar makan malam kepada kami,” katanya.

Melalui blog berkenaan, mereka turut berseronok dengan makanan seperti nasi lemak, laksa, mihun goreng, sate dan juga keropok lekor.

“Selepas berakhir makan malam, kami akhirnya tidur di dalam beg tidur masing-masing dan mendirikan unggun api mengelakkan digigit nyamuk,” katanya

Di Sebalik Sukan Bogel Pulau Pinang

Read More

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top