Tuesday, 5 August 2014

Enam Bintang Man United Mungkin Dijual

MASA depan enam pemain Manchester United bakal diketahui setibanya juara Trofi Cabaran Antarabangsa itu di England bagi berdepan persiapan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu hadapan.

Nani, Anderson, Marouane Fellaini, Shinji Kagawa, Javier Hernandez dan Wilfried Zaha akan menerima panggilan dari Louis van Gaal sama ada mereka akan kekal bersama The Red Devils atau dijual.

“Saya akan membuat keputusan selepas ini. Saya perlu mereka bermain ketika pra-musim dan saya kini sudah tahu apa kemampuan mereka.

“Sebagai pemain bola sepak, anda perlu diadili. Anda perlu memberi peluang kepada pemain untuk berpindah sekiranya mereka bukan prospek untuk bermain bersama pasukan,” katanya.

Altetico Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan Hernandez dan Kagawa.

Borussia Dortmund, juga bersedia untuk membawa semula Kagawa dalam misi untuk merebut kejuaraan Bundesliga.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top