Tuesday, 3 June 2014

Saya akan lepaskan Emma - Zizan Razak

KUALA LUMPUR :
“Saya tidak ada masalah untuk lepaskan Emma. Insyaallah apabila kontrak dia dengan Wire Fame Entertainment (WFE) tamat pada akhir bulan ini, harap semua masalah selesai selepas ini.
“Sebenarnya saya sendiri kurang jelas mengenai notis saman
seperti yang dilaporkan media kerana saya sendiri tidak tahu cerita
sebenar mengenai perkara tersebut,” kata Zizan Razak ketika
mengulas mengenai notis saman kerana melanggar kontrak
syarikat pengurusannya.
Zizan yang juga pemilik bersama WFE memberitahu kepada media
isu tersebut tidak sepatutnya timbul dan diperbesarkan kerana
kontrak Emma akan tamat akhir bulan ini.
“Saya tidak faham macam mana isu saman boleh timbul kerana
rasanya tiada notis saman. Pelik, macam mana cerita berkenaan
boleh timbul.
“Kalau boleh saya mahu menamatkan semua konflik ini dengan
baik, tidak perlu diperbesarkan dan tidak mahu sebarang tindakan
mahkamah,” katanya.
Sehubungan itu tambah Zizan dia akan bertemu dan berbincang
dengan pihak WFE mengenai perkara tersebut.
“Saya akan cuba mencari ruang untuk berbincang mengenai
beberapa perkara. Saya tak mahu lagi isalah faham berlaku.
“Masih ada beberapa perkara yang melibatkan saya dan syarikat
belum selesai. Jadual kerjaya saya padat buat masa ini, tetapi
akan mencari ruang untuk berbincang,” katanya.  -- Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top