“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak
pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun
lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya
mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi,
semalam.
Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus
dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya
dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.
“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai
seorang anak yang juga orang kelainan upaya.
“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan
serta kesusahan dialaminya.
“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat
Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan
perkahwinan itu daripada isteri pertama.
“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan
memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan
anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya - Metro
0 comments:
Post a Comment