Wednesday, 18 June 2014

Sepanyol Bungkus Awal


Juara bertahan Sepanyol tersingkir awal apabila giliran skuad kerdil Chile pula menconteng arang ke muka mereka dengan kemenangan 2-0.
Kemenangan bersejarah ini menyaksikan Chile bakal mengiringi Belanda untuk ke pusingan kalah mati selepas meraih dua kemenangan. 

Anak buah Vicente Del Bosque itu melakukan rombakan di bahagian pertahanan di mana Gerard Pique diletakkan dibangku simpanan, terus meminggirkan Xavi tetapi mengekalkan Diego Costa dan Iker Casillas. 

Namun jelas keyakinan Sepanyol masih goyah apabila hampir menjaringkan gol sendiri seawal minit pertama. - Astro

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top