Sunday, 22 June 2014

Bekas Pengasuh Tawar Diri Untuk Jaga Remaja OKU Malang

Bekas pengasuh remaja orang kelainan upaya (OKU)
yang ditemui kurus kering dikurung dalam sebuah rumah di Flat
Semarak Taman Semarak, Nilai dekat sini rela menjaga remaja
malang itu.

Norfitri Radius, 42, berkata, dia sanggup menjaga Muhammad
Firdaus Dullah, 15, sekiranya diberi kebenaran oleh pihak
berkuasa.

Norfitri pernah menjaga remaja malang itu kira-kira lapan tahun
iaitu pada 2003 sebelum berkahwin dan berpindah ke Gemencheh,
Tampin dekat sini, tiga tahun lalu.

"Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi
badannya sihat dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke
pantai di Port Dickson untuk diberi rawatan tradisional sehingga
dia boleh berjalan sikit.

Menurutnya, dia mengetahui berita penderitaan Muhammad
Firdaus yang tidak terurus bercampur najis dan air kencing ditemui
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P,
semalam dan tidak menyangka anak yang pernah dijaganya
seperti anak sendiri menjadi seperti mayat hidup.

"Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus
dan wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara
sebenar kenapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.
"Saya faham masalah yang dihadapinya sebab kami seperti adik
beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kali terakhir saya
menghubunginya dua minggu lalu bertanyakan khabar dan dia
memberitahu Firdaus sihat cuma tidak selera makan," katanya
ketika ditemui di perkarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban
(HTJS) di sini, hari ini.- Metro

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top