KUALA LUMPUR: Kilang bihun cap Masjid yang diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu kerana beroperasi dalam keadaan menjijikkan serta dipertikai status halalnya, musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran yang berlaku pada pukul 3 pagi di Batu 7, Jalan Ipoh itu turut memusnahkan empat lagi kilang berhampiran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai terbabit dengan operasi memadam. - AstroAwani


0 comments:
Post a Comment