KUALA LUMPUR :
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.
Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia yang
mengesahkan produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury
Hazelnut bebas daripada DNA babi.
“Status penggantungan sijil halal Cadbury akan dibincang dan jika
tiada halangan ia akan diberi semula.
"Namun sebelum sijil halal itu diberi semula, JAKIM akan melawat
semula kilang Cadbury,” kata Jamil dalam satu sidang media pada
Isnin.
Selain daripada dua produk tersebut, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) turut mengambil empat produk lain dalam aliran
pemprosesan yang sama dan lima jenis bahan mentah yang
berpotensi mengandungi unsur haiwan.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mengesahkan terdapat DNA babi (porcine) dalam dua produk
coklat susu Cadbury Dairy Milk.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga sampel coklat Cadbury
telah diambil untuk analisis DNA babi bagi tujuan pemantauan.
Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan
mengandungi DNA tersebut iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan
Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Isu ini mula tersebar luas pada 23 Mei yang seterusnya membawa
kepada pihak JAKIM mengadakan mesyuarat khas bersama
Kementerian Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia pada
24 Mei. Sumber Astro Awani

0 comments:
Post a Comment