Luis Suarez membuktikan kehadirannya mampu mengubah nasib
Uruguay apabila meledak dua gol ketika membenam England 2-1.
Penyerang Liverpool itu tidak memerlukan sedozen peluang untuk
dijulang sebagai wira juara dunia dua kali itu apabila mencetak gol
pada minit ke-39 dan dan 84.
Sebaik wisel ditiupkan perlawanan berlangsung rancak apabila
kedua pasukan mempunyai peluang terbuka untuk memburu gol
awal.
England terlebih dahulu mendapat peluang menarik apabila
sepakan percuma Wayne Rooney sedikit tersasar dan
tandukannya mengenai palang gol. Tetapi England pula selepas itu
cemas ekoran kesilapan di bahagian pertahanan.
Tetapi dengan kehadiran Luis Suarez, rakan dibahagian depannya
Edison Cavani menunjukkan peningkatan permainannya kerana
mereka mempunyai persefahaman yang tinggi.
Bola yang disungkit Cavani berjaya disudahkan Suarez dengan
tandukan mengelirukan Joe Hart.
Pada m49, Hart sekali lagi nyaris terperangkap apabila sepakan
penjuru Suarez nyaris masuk terus ke dalam gol.
Perlawanan terhenti beberapa minit ekoran kecederaan di kepala
yang dialami Alvaro Pereira selepas berlaga dengan lutut Raheem
Sterling.
Uruguay juga harus berterima kasih dengan ketangkasan penjaga
gol, Fernando Muslera kerana menafikan deretan peluang skuad
Three Lions.
Tetapi gawang kawalannya tetap berjaya ditembusi apabila Glen
Johnson menemui ruang dari sebelah kanan sebelum melorongkan
bola untuk disudahkan Wayne Rooney pada m75.
Kegembiraan England hanya sebentar apabila Suarez kembali
menghantui pertahanan England dengan gol kemenangan akibat
tandukan ke belakang Steven Gerrard. - Astro

0 comments:
Post a Comment