Tuesday, 24 June 2014

Berat Badan Remaja OKU Naik 2kg

Selepas empat hari dirawat di Wad Kanak Kanak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini mengalami peningkatan berat badan sebanyak dua kilogram.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Seri Rohani Abdul Karim yang melawat remaja itu sebentar tadi
berkata, ketika Muhammad Firdaus ditemui pada Sabtu lalu,
berat badannya hanya 15 kilogram dan kini meningkat menjadi
17 kilogram.

Katanya, ia berikutan pihak HTJS memberikan penjagaan
perubatan terbaik buatnya, makanan seimbang, penjagaan kulit
dan badan yang mana ia menunjukkan perubahan positif buat
Muhammad Firdaus.

Katanya, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak
mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah
sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.-Metro

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Hub Berita | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top